Aku adalah lelaki dan ini adalah pengalaman bagi kehidupan aku di atas bumi ini..Hampir2 kehilangan nyawa,tetapi kuasa di tangan tuhan,Allah yang maha besar...
Ya Allah aku bersyukur padaMU kerna masih diberi peluang untuk hidup,sedangkan aku adalah hamba MU yang lemah,lalai dan mudah lupa..telah 2 kali aku diberi peluang,tetapi diri aku tetap dengan diri aku...
Pada pukul 12.50, 8 buah motor bergerak pergi meninggalkan pasir mas..
perjalanan sebenarnya agak lancar,terus menerus dan dijaga oleh leader konvo balik kg,Firdaus Omar, 125z..menjaga 4motor EX-5,2 KRISS, dan exZ iaitu zahid menjaga dibelakang..
Perjalanan melalui Tanah Merah,Machang dan sampai ker bandar Jertih..
Kami mengisi minyak di Petronas Jertih dan meneruskan perjalanan masuk ke jalan Pantai..
Jalan disitu memang banyak selekoh2 maut dan kami tempuhi dengan beraniNye..
Tetapi nak dijadikan cerita muka belog ini..Apabila kami melalui satu lagi selekoh maut yang rasanya klu bawok 120k/m melalui selekoh itu,hanya Velentino Rossi 46 je lah mampu buat..... Akhirnya seorang ahli konvo balik raya ini ter'failed' dan memakan sedikit line belah lawan apabila ia tidak dapat mengawal 'handdal' dengan baik,dan kebetulan ade sebuah kereta yang sedang melalui selekoh maut itu dihadapan DAn DEM|||
DAMMMMM DEMMMMM DOMMMMMMMMM...
dan ahli yang sorang itu adalah aku..owosssssssssss
BLUR BLUR BLUR...nasib baek zahid membawa aku keluar dari tempat kemalangan itu,darah mengalir jatuh dari muka aku..Aku masih blur apabila orang ramai datang menemui aku,begitu juga pemilik kereta myvi itu,datang menanyakan keadaan aku,padahal kereta dye jugak 'rabak' distun oleh aku...setelah 1 2 ketika,aku mencari motor aku dan,,ahhhhhh hancur...alapadang dah la aku..Nasib baik kawan2 konvo aku, zahid,firdaus omar,faiz paker,ja,akem, dan 2org lagi menolong aku,menahan sebuah kereta kancil untuk menghantar aku ke klinik berdekatan...ahhh dan ak berjalan,auhhhhhhh..baru terasa sakit ku di merata badan,habis tangan ,lengan , kaki aku bersalah urat..nasib baik dop patoh2..bersyukur padaMU Ya Allah..
Sampai di klinik 'yang tah aku xingat name',aku diperiksa dan dibersihkan luka2..
Kemudian 'ambulans' datang dan mehantar aku ke hospital Jertih..Kawan2 aku terpaksa meninggalkan aku di sane kerana mereka semua juga perlu bagi ke 'home swit home' masing2 dan aku sangat faham..
Aku diperiksa oleh nursa yang baik,di X-ray dan Akhirnya di Jahit kan kesan luka...fuhhhh mase cucok ubat bius sakit horr...hahaha memang ar. Jahitan di bawah mata,kening,dan tangan..
dan dan dan dan bla bla bla bla bla..wat report polis pasal motor dan kemalangan,, dan dan bla bla bla bla bla..aku sampai di rumoh aku...dan dan bla bla bla...akhirnya aku menulis di belog ini tentang ape yang berlaku..
sebuah takdir yang aku sebenarnya masih dibenarkan hidup,dan kali ini takdir menyebelahi aku.Tak seperti dahulu,takdir telah mengambil seorang insan yang aku berani letakkan kasih sayang ku di dalam hatinya..Dan Insan itu pergi kerana kejadian seperti ini,yang dipanggil KEMALANGAN.
Khamis, 25 Ogos 2011
25 ogos 2011..Apakah Kejadian ini bererti?
Amaran w4rN1nGz-_ semase 1:02 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 for stunner me:
Catat Ulasan