THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Muka kamu

Ini KAWASAN LARANGAN. Dilarang Membaca sesuka hati, kalau tidak mata kamu akan ditarik sekuat hati.

Ini KAWASAN LARANGAN. Dilarang Membaca sesuka hati, kalau tidak mata kamu akan ditarik sekuat hati.
Dye xGiler,cume t'Over..Ehh xOver,Cume t'Lebih rianG!

Hahahahaha. kelakor pulok baca balik nape hok aku tulis 2 3 tahun lepas.. buruk sangat, mcm memalukan je, rase nk nangis je, rase nk delete je,, rase malas nk berbelog je,, haha. tapi bile mikir balik, biar lah.. kenangan, setiap org membesar secara berperingkat2, mane blh jadi pro lalu op? haha. Skrg impian ak adalah JIHAD FISABILILLAH, cita2 tertinggi aku SYAHID. Allah !

Myspace Graphics

Aku wat welcome Bukan ke Sape & nApE² la..
Ak wat welcome ke DIri ak sdiri..
n sesiapa yg ak benarkan utk m'ceroboh dunia maya ak..Haizzzzz!!
(bleber sambil mkn biskut cicoh air tehO panas)
Tekan Gambor budop di atas untuk menemuinye~

Malas r nok update music box,lagipun lagu² ni yang buatkan Aku ada feeling nak Mentaip!


Khamis, 16 September 2010

Camner nok Pro DotA gining..!!haha,,nvm lah..Follow this man!

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas bila sudah jatuh cinta. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Susah untuk melihat lelaki nak menangis okay.


Antara tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

0 for stunner me: